• banner_main1
  • banner_main2
  • banner_sppa1
  • banner_sppa2

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514)

 

 

4.1.1    Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendaki setiap majikan :

  1. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  2. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas.
  3. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

4.1.2            Tujuan Akta ini adalah seperti berikut :

  1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.
  2. Melindungi orang-orang di tempat tersebut.
  3. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja.
  4. Menyediakan kaedah dimana peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja dapat diganti secara progresif dengan system peraturan dan kod amalan industry yang beroperasi bersama dengan Akta 514 untuk mengekal atau meningkatkan standart keselamtan dan kesihatan.

4.1.3            Peraturan serta langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

  1. Membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan yang bertulis.
  2. Menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang merangkumi wakil pihak pengurusan dan wakil pekerja.
  3. Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan contohnya drill kebakaran, mengangkat beban secara manual.
  4. Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan unutk kakitangan.
  5. Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi aktiviti kerja berisiko tinggi contohnya menyusun fail di atas rak tinggi.
  6. Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke semasa.
  7. Mengadakan pelan tindakan kecemasan
  8. Menubuh dan melatih pasukan tindakan kecemasan
  9. Mempertingkatkan kekemasan tempat kerja.
  10. Menyusun atur kelengkapan pejabat dengan baik.
  11. Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan (contoh: larangan merokok, menyediakan ruang khas unutk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan.
  12. Menyediakan peralatan kecemasan (alat pemadam api, hose reel, penggera, kotak pertolongan cemas )
  13. Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  14. Menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling.
  15. Memberi latihan induksi kepada kakitangan baru.
  16. Mendapatkan komitmen sepenuhnya dari majikan dan pekerja.

 

4.2               Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514), maka dengan ini dinyatakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan iaitu:

  1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang negara
  2. Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  3. Menyediakan maklumat, petunjuk dan latihan bagi memupuk staf mendisiplinkan diri supaya mereka dapat mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam sebarang pekerjaan
  4. Melatih staf supaya mereka boleh dijadikan teladan kepada pelajar-pelajar dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  5. Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik sebagai amalan biasa apabila mereka tamat belajar serta berdepan dengan masyarakat dan alam pekerjaan.

4.3       Fungsi Jawatankuasa Akta 514

  1. Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat.
  2. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan .
  3. Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.
  4. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan bagi penyemakan dasar tersebut.
  5. Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikemukakan oleh pegawai, laporan dan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  6. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko terdapat dalam jenis kerja ; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3) bulan.
  7. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja.
  8. Menjalankan penyiasatan tempat kerja.
  9. Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Jabatan/Unit;

Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

 

 

Hubungi Kami

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  06 7654000
  06 7624822
    Hubungi Webmaster
    Peta Lokasi 
  Laman web rasmi IPGKRM boleh dilayari melalui telefon pintar anda.  

 

 

Hakcipta Terpelihara. Hakcipta @2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Version 3+, Google Chrome atau Internet Explorer Version 9+

Menu