• banner_main1
  • banner_main2
  • banner_sppa1
  • banner_sppa2

Buletin Terkini IPGKRM

ENYAMPAIAN SUMBANGAN AL-QURAN KEPADA SEMUA STAF PERPUSTAKAAN MELEWAR ...
Lawatan Pesta Buku Antarabangsa
 
HARI: JUMAAT
TARIKH: 4 MEI 2018
...
SEKITAR PROGRAM HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN TAHUN 2018
 
HARI: KHAMIS
...
MAJLIS BACAAN YASSIN
 
KELOLAAN UNIT PERPUSTAKAAN MELEWAR DAN ...
KELAS TATARIAS (FROM ZERO TO BASIC)
HARI: JUMAAT
TARIKH : 13 APRIL ...

Program Kolaboratif Kayuhan Sihat & Free Market

Program          : Program Kolaboratif Kayuhan Sihat & Free Market

Anjuran            : Smk Senawang Dengan Kerjasama Ipgkrm

Tarikh               : 27 Januari 2018 – 10 Februari 2018

Tempat            : Smk Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

 

Pada 27 Januari 2018, seramai 40 orang guru pelatih yang terdiri dari unit TESL sem 6, unit Bahasa Arab sem 4, elektif seni sem 4 dan beberapa unit lain telah memulakan aktiviti kolaborasi ini dengan melukis mural di dinding SMK Senawang bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Aktiviti melukis mural ini berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada pihak sekolah dan pensyarah bersama guru pelatih yang hadir. Lukisan di dinding mural adalah cetusan idea hasil seni salah seorang pelajar SMK Senawang itu sendiri.

 

Antara objektif dalam penganjuran program kolaborasi ini adalah untuk mendedahkan guru pelatih kepada kemahiran melukis mural, berinteraksi dengan masyarakat setempat serta mencantikkan kawasan sekolah. Program anjuran pertubuhan Kindness Malaysia ini juga bermatlamatkan agar hubungan sekolah dan masyarakat dapat diutuhkan bagimembantupeningkatantarafpendidikan zaman ini.

 

Pada minggu berikutan, iaitu pada 3 Februari 2018, para pensyarah penasihat program serta 10 orang guru pelatih telah mengunjungi SMK Senawang sekali lagi bagi melakukan sedikit penambah baikan bagi mural yang telah dihasilkan pada minggu sebelumnya. Layanan pihak sekolah dalam menghargai jasa para pensyarah serta guru pelatih amatlah dihargai. Pada hari berkenaan juga, tamatlahkerjakerjamelukis mural secarakeseluruhannya.

 

Pada hari Jumaat minggu berikutnya bersamaan 9 Februari 2018, 3 orang pensyarah bersama 7 orang guru pelatih telah mengunjungi SMK Senawang sekali lagi bagi memasang papan papan dan menggantung hasil seni bagi pameran yang akan dilaksanakan pada keesokan harinnya. Wakil daripada pihak pelukis Negeri Sembilan juga turun padang bagi membantudanmemberipendedahansecaratidaklangsung

kepada guru pelatihmengenaitatacarapenyusunansuatupameranseni.

 

 

Pada 10 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu, aktiviti kemuncak telah berlangsung iaitu merangkumi aktiviti senamrobik, kayuhan amal dan terdapat pameran kesihatan, pameran agensi luar dan pelbagai pameran lain. Pihak IPGKRM juga tidak melepaskan peluang dan terlibat dalam menghasilkab satu pameran bersama Perpustakaan Negeri Sembilan dan pelukis pelukis Negeri Sembilan. Pameran yang dipaparkan juga mengetengahkan hasil seni lukisan para guru pelatih IPGKRM dan para pelajar SMK Senawang.

 

Majlis pada pagi itu telah diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Tuan Khairy Jamaluddin dalam merasmikan program pada hari tersebut juga merasmikan mural hasil kerjasama beberapa agensi termasuklah IPGKRM. Selaindaripadapameran, terdapat juga pasar percuma di mana pakaian, buku serta barang keperluan diberikan secara percuma kepada para pengunjung. Di samping itu, satu aktiviti mengoca iaitu menangkap ikan keli juga ada dianjurkan. Sebagai penutup karnival pada hari tersebut, cabutan bertuah telah dijalankan dan beberapa orang guru pelatih turut bernasibbaikmemenangihadiahhadiah yang disediakan.

 

Antara kekuatan program yang dianjurkan ialah sokongan penuh yang diberikan oleh semua pihak termasuklah pensyarah penasihat, para guru pelatih, pihak sekolah SMK Senawang dan agensi agensi lain. Kerjasama yang diberikan amatlah membantu dalam menjayakan program yang dirancang. Penganjuran pasar percuma juga memberikan manfaat yang cukupbesarbagimereka yang memerlukan.

 

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi impak penganjuran program. Antaranya adalah sebaran berkaitan program kepada semua guru pelatih IPGKRM, bukan sahaja kepada mereka yang terlibat. Selain itu, pengagihan tugas dalam melaksanakan sesuatu kerja juga dapat memberi manfaatkepada guru pelatihdalammembahagikan masa.

 

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini memberi pengalaman yang baru kepada para guru pelatih dalam berkerjasama dengan beberapa agensi luar dan masyarakat tempatan dalam menghasilkan suatu kerjasama yang berkualiti tinggi

 

Hubungi Kami

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  06 7654000
  06 7624822
    Hubungi Webmaster
    Peta Lokasi 
  Laman web rasmi IPGKRM boleh dilayari melalui telefon pintar anda.  

 

 

Hakcipta Terpelihara. Hakcipta @2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Version 3+, Google Chrome atau Internet Explorer Version 9+

Menu