• banner_sppa3
  • banner_sppa4

Pengenalan

Selamat Datang ke Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa (SPPA) 2018
8 November 2018

 

Seminar ini merupakan satu platform kepada para penyelidik, pengamal pendidikan, pentadbir pendidikan dan pelajar-pelajar di Malaysia dan luar negara untuk berkongsi hasil kajian dan penyelidikan pendidikan di peringkat antarabangsa. Tema seminar ini ialah "Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia"

Program peringkat antarabangsa yang kali pertama dianjurkan oleh Alumni Perguruan Raja Melewar ini telah mendapat kerjasama yang tinggi daripada Alumni Perguruan Raja Melewar, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), SISC+ Negeri Sembilan dan Universitas Andalas Indonesia.

Seminar ini meliputi sub-tema seperti berikut:

  1. Inovasi dalam pendidikan
  2. Transformasi dalam pendidikan
  3. Cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran
  4. Budaya Penyelidikan
  5. Pendidikan Abad ke-21 dan amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan dari semua pengamal penyelidikan, para pendidik dari institutsi pendidikan rendah, menengah dan tinggi, pentadbir pendidikan dan pelajar-pelajar untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan terhadap pengalaman, pengetahuan, sumber maklumat dan hasil penyelidikan yang dapat memacu kepada pembangunan transformasi pedagogi.

 

 Tarikh  Perkara
 10 Ogos 2018  Penghantaran Abstrak

3 September 2018

Penerimaan Abstrak

7 September 2018

Tarikh Tutup Pendaftaran dan Pembayaran Yuran

14 September 2018

Penghantaran Kertas Kerja Penuh
8 November 2018 Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa 2018

Hubungi Kami

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  06 7654000
  06 7624822
    Hubungi Webmaster
    Peta Lokasi 
  Laman web rasmi IPGKRM boleh dilayari melalui telefon pintar anda.  

 

 

Hakcipta Terpelihara. Hakcipta @2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Version 3+, Google Chrome atau Internet Explorer Version 9+

Menu