Objektif Operasi IPGM :

  1. Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas paparan calon berjaya di laman web KPM.
  2. Memastikan keberkesanan Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu dan Program Mentor Mentee mencapai tahap skor min 4.3.
  3. Memastikan penilaian persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan amalan profesional mencapai skor min 4.3.
  4. Memastikan proses pemantauan pengurusan kurikulum dilaksanakan satu (1) kali setahun.
  5. Memastikan pemantauan pengurusan perpustakaan diadakan satu (1) kali setahun.
  6. Memastikan semua pensyarah, pegawai dan staf pelaksana dapat memenuhi keperluan latihan berdasarkan arahan semasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
  7. Memastikan 80% daripada penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan di IPG setiap tahun adalah mengikut bidang kebitaraan.
  8. Memastikan mesyuarat pengurusan kewangan, pembangunan dan aset serta pengurusan sumber manusia diadakan empat (4) kali setahun.
  9. Memastikan pemantauan ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  10. Memastikan rangkaian setempat (LAN) beroperasi dengan baik dan boleh dicapai sepanjang masa.
  11. Memastikan aktiviti penyelenggaraan semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  12. Memastikan Audit Dalaman dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  13. 13. Memastikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dilaksanakan satu (1) kali setahun.