Kami Staf Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dengan ikhlas, penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
 
 
  • Merancang, mengendali dan menyelia segala aktiviti dan program yang ditetapkan Bahagian Pendidikan Guru dengan cekap dan teratur.
  • Memastikan semua guru pelatih/peserta kursus memperoleh sijil/diploma perguruan dengan sekurang-kurangnya 10 peratus mendapat pencapaian cemerlang.
  • Melahirkan guru pelatih yang berkesan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta berkemahiran mengurus aktiviti kokurikulum.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan melalui kursus, penyelidikan dan penglibatan profesional.
  • Melahirkan guru yang berilmu dan berketrampilan, beramal, berpekerti mulia, kreatif serta bersikap positif.
  • Bersikap terbuka, mesra dan sentiasa prihatin terhadap guru pelatih dan peserta kursus.
  • Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
  • Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling dalam bidang profesion dan gaya hidup secara jujur dan bertanggungjawab serta berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
  • Mengusahakan dengan penuh iltizam agar elaun guru pelatih/peserta kursus dapat diterima tidak lewat 10 haribulan bekerja setiap bulan.
  • Memberi perkhidmatan pusat sumber dalam bentuk pinjaman dan perundingan dan penghasilan media pendidikan kepada seluruh warga Institut dengan mesra dan berkualiti.
  • Menyumbang khidmat kepakaran kepada pelanggan yang memerlukan.
  • Berusaha mengamalkan budaya kerja berkualiti dan permuafakatan yang mantap.