banner_karnival

Latar Belakang

Kualiti hidup masyarakat ditentukur melalui  pendidikan yang ditawarkan. Sebagai salah  satu penanda aras terpenting dalam menetapkan  kualiti hidup manusia, pendidikan mampu mengorak langkah terhadap pencapaian pekerjaan yang diingini. Pencapaian dalam pendidikan biasanya menggambarkan tahap tingginya ilmu pengetahuan seseorang dalam bidang yang diceburi malah ia juga merupakan hasil ilmu yang berjaya dicapainya. Masyarakat yang berpendidikan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menjalani kehidupan dengan  yakin dan dihargai  adalah sebenarnya masyarakat yang bertamadun. Pendidikan dilihat sebagai pencetus kepada kehidupan manusia yang lebih sejahtera dengan  peningkatan hidup yang lebih sempurna, cekap mengurus  dalam pengendalian ekonomi keluarga, kewibawaan dalam hubungan sesama manusia serta keseimbangan diri dari segi fizikal, mental dan spiritual. Sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi pendidikan guru negara, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) melihat keperluan untuk mengadakan satu Karnival Pendidikan Kebangsaan dalam usaha memupuk kelangsungan  pendidikan ke arah negara maju seiring Revolusi Industri  4.0 (IR 4.0) .

 

Objektif

  1. Menjadi hab penataran ilmu jabatan jabatan akademik IPGKRM
  2. Menjadi pelantar pendidikan isu-isu sosial, kesihatan, ekonomi, kekeluargaan, IR 4.0 dan sebagainya.
  3. Menjadi medan pelancaran dan pameran buku, item-item dan gajet gajet teknologi terbaru.
  4. Memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat melalui pertandingan-pertandingan yang akan menguji kemahiran dan kreativitipelajar.

 

Tema

"Pendidikan Mendukung Aspirasi Negara"

Carian

391850
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Masa
3172
3538
10063
359269
68864
104255
391850

IP Anda: 3.226.251.205
20-08-2019 20:51

Hubungi Kami

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  06 7654000
  06 7624822
  Hubungi Webmaster
  Peta Lokasi
  Laman web rasmi IPGKRM boleh dilayari melalui telefon pintar anda

 

 

Hakcipta Terpelihara. Hakcipta @2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Version 3+, Google Chrome atau Internet Explorer Version 9