Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata alu-aluan dalam portal berwajah baharu yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Portal IPGKRM 2018. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Portal ini merupakan satu dari entiti bagi memenuhi Visi dan Misi Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, disamping memenuhi keperluan Akreditasi dan Validasi dalam Pendidikan Guru dan pengiktirafan kualiti sistem pengurusan serta memacu kejayaan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Dalam zaman teknologi maklumat, perkembangan pendidikan bergerak pantas seiring dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan wujudnya laman web yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik. Justeru, portal ini dijayakan dengan konsep yang bersifat interaktif, informatif dan mesra pengguna. 

Adalah dengan ini diharapkan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar menjadikan portal ini sebagai tempat berkolaboratif dan alat penyampai maklumat yang berkesan dalam menjalankan tugas dan rutin harian kita. Saya menyeru kepada semua warga IPGKRM untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada webmaster untuk dipaparkan dalam laman ini agar menjadi  lebih interaktif dan berinformasi. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak, keberkesanan  portal ini dapat direalisasikan.

Sekian, terima kasih.

 

Dr. Haji Nizam bin Abd.Latib
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban,
Negeri Sembilan

 

 

Carian

098799
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Masa
103
351
693
95806
7770
85790
98799

IP Anda: 34.236.145.124
26-03-2019 12:27

Hubungi Kami

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  06 7654000
  06 7624822
  Hubungi Webmaster
  Peta Lokasi
  Laman web rasmi IPGKRM boleh dilayari melalui telefon pintar anda

 

 

Hakcipta Terpelihara. Hakcipta @2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Version 3+, Google Chrome atau Internet Explorer Version 9